Search


[DEEPAVALI 2019]

Tahukah anda ba...

  • Share this:


[DEEPAVALI 2019]

Tahukah anda bahawasanya kita sebagai rakyat Malaysia saban tahun menyambut bersama keluarga India dan Hindu kita perayaan Deepavali?

Tahun ini perayaan Deepavali jatuh pada 26/27 Oktober 2019. Iaitu pada hujung minggu ni sahaja.

Namun saya terasa agak sedikit kecewa apabila tahun ni terasa seperti kurang sinar. Mungkin cuma saya yang rasa begini. Saya merasakan bahawa kurangnya dekorasi deepavali, iklan deepavali dan sebagainya.

Kita bahkan terlalu fokus kepada budaya luar seperti halloween. Ramai yang tidak mengetahui bila tarikh Deepvali tahun ini bukan?

Kita rakyat Malaysia boleh menerima budaya luar kerana kita rakyat terbuka, namun jangan lupa akan budaya Malaysia kita yang indah.

Marilah kita bersama-sama keluarga India dan Hindu kita yang menyambut Deepvali memeriahkan perayaan ini seperti dahulu kala.

Kita rakyat Malaysia, kita dahulukan sambutan kita.

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2019. 🥰

P/s: Saya tak pakai sari, pakai apa ada je. Harap mekap inspirasi kaum India saya menjadi. 🙈 Hehe.

#SelamatHariDeepavali


Tags:

About author
not provided
Facebook rasmi blog Thirteen Persona dan instagram @zandra.zane
View all posts